Pesanan Dari Tuan Tanah

Pesanan Dari Tuan Tanah

Friday, June 21, 2013

Tips Bercuti ke Krabi,Thailand

-Perlu ke tour guide?
-nak booking hotel macam mana? flight? 
-eh..nak bawak baju banyak mana? (nak2x pompuan macam aku ni kan...)..
-eh kalu makan macam mana plak? mahal ke? yang penting halal ke makanan kat sana?
-hmmmm...hotel ape ek yang best?? brape bintang? 
-perlu ke sewa kereta / moto atau naik je tut-tut?Eh??? ape ke benda plak tut-tut tu???
-nak tukar duit banyak mana?kang tak cukup makan sebab xder duit nt..:(



Dah2x..takyah nak fening-fening kepala..


Memandangkan korang maybe kali pertama nak jenjalan makan angin/honeymoon/whatever la  yang korang suka ke destinasi Krabi,Thailand .mesti terpinga-pinga kan nak pergi macam mana..so pas baca tips yang aku kongsikan nanti..tak yah dah dok terpinga @ ternganga lagi okay???

Krabi,Thailand memang best!!! super duper best dengan laut dan pulau-pulau yang menarik, menakjubkan, mempesonakan.. eh..semualah!!!Air laut dia..uuuhhhh..sangatlah biru dan kehijauan..Awesome sangat2x!!! Nak pergi lagi...

So tips ni cara aku dan husband gi jenjalan masa lepas kawin..alaa..honeymoon la kiranya..so kalau korang nak ubah ikut suka hati korang lah yer..just share tips penting je.

TIPS:

1)Booking flight & Hotel:-sangatlah mudah..kami hanya view dan pilih kat air asia go..sangat mudah..

pilih flight & hotel,masukkan tarikh depart dan return,room,adult/child..follow air asia step by step.
Opppsss...jangan lupa.pembayaran mestilah via credit card/cimb clicks/maybank2u ke..so done untuk reserve hotel dan flight..perkara yang perlu di ambil berat seperti:

-resit pembayaran
-lokasi depart (mcm kami stay Penang,so depart dekat LCCT,KL..tak de dari Penang ke Krabi)
-PENTING!!!: print out tiket pergi dan balik siap2x.

-Lokasi Hotel yang senang dan dekat dengan tempat nak cari makan adalah area Pantai Ao Nang..

Kami stay dekat Centara Anda Dhevi Resort & Spa.
(Memang dekat nak jenjalan,dekat dengan pantai,sewa moto,cari makan,privasi,dekat farmasi,kedai runcit,dan paling penting dekat dengan kedai aktiviti-aktiviti yang akan dilakukan di sana...jalan kaki jer..)


balkaoni yang menghadap swimming pool

Katil yang besar dan selesa

Ni plak ruang lobi hotel..leh lepak2x ade free wifi..sangat selesa.

2)Transport apabila sampai di Lapangan Terbang Krabi menuju ke hotel.
Setibanya di Lapangan Terbang Krabi,memang akan ada public transport kat sana.by hook or by crook,kite memang kena naik public transport.So,just ambil mana-mana public transport.Beritahu nama hotel,diorang dah tahu nak bawak la sebab Krabi ni taklah besar sangat..


***TIPS PENTING: sekiranya semasa perjalanan anda menuju ke hotel,pemandu berhenti di satu kedai untuk membuat cop ke hape ke..masa tu akan ada orang Thai yang datang menawarkan pakej island hoping la..elephant la.sewa moto laa..korang jangan la terpedaya walaupun diorang cakap murah..sebenarnya kat diorang la lagi mahal okey..


Kitorang hari tu ambil public transport (van) untuk ke Hotel Centara Anda Dhevi,Resort & Spa,Krabi.Dari lapangan terbang Krabi mehuju ke Hotel = 600 Bath ~ RM 60.
(untuk 2 orang ye)

3)Check in hotel

Setibanya di hotel,just pergi dekat receptionist,bagitahu nama aje.diorang dah ade siap2x dalam sistem sebab dah booking.So,duit semua dah bayar via airasia go.Just ambil kunci bilik dan check in.

Hari pertama kitorang kat sana,kitorang rest je sebab letih perjalanan dari Penang ke Lapangan Terbang LCCT,KL + Naik Fligt = Mabuk sikit + Lapar..

So hari pertama kitorang sampai just jalan kaki sekitar kawasan hotel cari kedai makan.
Nasi ayam =40 Bath.Awesome!!! xmahal pun..kira ~ RM 4.

Selain itu,pada hari pertama ni lah kami buat booking aktiviti untuk keesokan harinya iaitu island hopping.



Aktiviti pada malam hari adalah cari makan sebab nak isi perut yang xberapa nak kenyang dan cari barang2x keperluan untuk ber"island hopping" pada hari esok...beli topi je sebab kalau nak bawa dari Malaysia agak susah skit.. 


4)Pakej aktiviti

Okey kalau stay dekat2x dengan Hotel Centara Anda Dhevi,kedai pakej island hopping sangat lah dekat..jalan kaki je sebab depan hotel je.So kalau korang nak booking pape pakej..dengan Adilla sangat senang berunding memandangkan beliau faham bahasa melayu dan boleh bercakap dalam bahasa inggeris.Pakej yang ditawarkan lebih murah berbanding tempat lain.Mintak kurang la skit kan..hape la korang ni..Kat sini korang plan la aktiviti yang korang nak isi semasa korang bercuti.

Kitorang ambil pakej island hopping ke Phi Phi Island.Nak tahu berapa? Hanya 1000 bath untuk 1 orang bersamaan lebih kurang ~ RM100.Kalau tempat lain,dalam 1500 bath  bersamaa lebih kurang RM 150 seorang..Haaa..murahkan dengan Adilla..

Perkara yang perlu anda titik beratkan masa Island hopping:

-Pakaian yang sesuai dan selesa (xperlu bawak baju untuk salin pun takpe..sebab aktiviti bermula dari 8am-5pm dan mmg sepanjang masa atas bot-snorkeling-makan-singgah pantai jap)
-Duit bawak la skit kot2x terliur nak beli pape ke
-Pakai topi sebab cuaca sangat la panas
-Kamera
-Beg sekolah..(senang,semua phone,kamera  masukkan dalam beg..)Awasi barang anda yer..
-Makanan semua akan disediakan.
-Transport Adilla yang arrange sebab akan ada bus datang ambil.
-Kalau nak bawak goggle sendiri pun terpulang.Tapi dorang dah provide semua including safety jacket

5)Makanan halal kerana 80% rakyat Krabi adalah muslim.Harganya pun lebih kurang harga di Malaysia je.

6)Tour guide tak perlu pun memandangkan Krabi ni tak lah besar mana pun dan semua aktiviti dapat dilakukan sendiri.Peta boleh minta dari pihak hotel,kedai aktiviti-aktiviti sangat banyak sekitar hotel dan uptown Pantai Ao Nang

7)Pakaian bawak yang simple2x.Jangan terlalu tebal kerana cuaca di sana sangat panas.

Kitorang pakai kemeja pun masa naik flight je.Masa kat sana,pakai T-shirt je.Masa hopping,kitorang beli sandle siap2x bawak g Krabi.

8)Kalau korang nak jenjalan sekitar Krabi,boleh sewa moto je.

Kalau naik tut-tut rasa macam tak mencabar je.Lagipun kalau naik moto,ikut suka kita nak pergi mana,nak duduk berapa lama,takde orang yang menunggu.Lagipun bukan tak nak sewa kereta..al maklumlah..susah nak dapat parking..Kalu moto,asal nampak kedai ke,tempat menarik ke,leh berhenti trus! bijak tak??

Sewa moto 300 bath bersamaan ~ RM30 sehari.

9)Tukar duit
Terpulang pada penggunaan korang.

Masa kitorang pergi,just tukar RM 2000 je,Itu pun tak habis dalam RM800 lagi..itupun dah sakan aku melantak pagi,siang,malam.beli baju2x kat anak buah aku 8 helai,shopping baju Krabi,beli topi la..seluar la.dress la..pergi massage badan laa..

Okay..itu saja rasanya yang termampu nak kongsi sebab aku yakin  masa aku nak pergi dulu terpinga2x jugak..So tak salah kalu aku kongsi ngan korang info2x berguna kat sini..Harap dapat memberi manfaat.































16 comments :

  1. Hye sis...tak sabar nk g Krabi hari Khamis ni utk 4hari 3 mlm.I gi ngn husband ngn daughter 1thn ++..I dh check weather.1st day sampai hujan ckit.2nd day cerah.boleh buat island hopping...anyway,thanx for the tips..

    ReplyDelete
  2. sy akan pergi weekend ni, first time....
    thanks for the info and tips....

    ReplyDelete
  3. terima kasih kak..sangat membantu

    ReplyDelete
  4. Dear, u still have contact no. krabi day tour tu x ?

    ReplyDelete
  5. Maaf atas kesibukan xdapat membalas comment kalian..gembira krn dpt memberi manfaat dlm penulisan ini...

    ReplyDelete
  6. Kak, total sorang around 1200 lah ea utk sorang? Or 1200 tu utk dua orang?

    ReplyDelete
  7. Tau tak nama kedai Adilla Island Hoping nye service tu apa?.. sbb kt situ byk kedai servis yg sama kan?

    ReplyDelete
  8. Salam tuan tanah, mohon iklankan sebentar ya, saya menyediakan pakej Melancong ke Medan-Danautoba-Berastagi dengan layanan yang sangat memuaskan dengan harga yang dibayar, berpengalaman handle beratus-ratus trip, keseronokan anda jaminan kami


    017 5367426 Nurul Insyirah
    emel: melancongmurahbaloi@gmail.com
    Instagram : melancong_murah_baloi

    ReplyDelete
  9. Salam. Jika berminat untuk ke Krabi Hatyai pd cuti hari Buruh dan Wesak30Apr-4May 2015. Tempat terhad..hanya Rm690 termasuk pengangkutan dr Kl, hotel, makan, snorkeling, emerald pool, floating market dan tour. Berminat hubungi saya Aini di 0162178290. Terima kasih.

    ReplyDelete
  10. sis.. nak tnya ble nak baharukan passport kna bw ke passport yg lama? bolh x emailkan kt email sy ummisohaimi@gmail.com

    ReplyDelete
  11. sis.. nak tnya ble nak baharukan passport kna bw ke passport yg lama? bolh x emailkan kt email sy ummisohaimi@gmail.com

    ReplyDelete
  12. sis.. nak tnya ble nak baharukan passport kna bw ke passport yg lama? bolh x emailkan kt email sy ummisohaimi@gmail.com

    ReplyDelete
  13. salam nk tanya..masa nk g island hoping brg penting mcm passpot n wallet simpan di hotel atau bwak ckali..tq

    ReplyDelete
  14. salam nk tanya..masa nk g island hoping brg penting mcm passpot n wallet simpan di hotel atau bwak ckali..tq

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Apa bila Tuan/Puan ingin melawat bersama family atau rakan-rakan kat Padang - Bukittinggi dan memerlukan kenderaan jangan risau hati, KITA HOLIDAYS INDONESIA menyediakan PAKET TOUR dan PENGKHIDMATAN KENDERAAN dengan harga yang sangat berpatutan, dan dengan driver yang mesra, educated, baik hati,sopan dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pelayanan pada pelancong dari Malaysia. Menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna.

    Contact person :
    RIKO ADRYANSYAH

    Mobile : +62 813 6565 4104 ( WhatsApp )
    E_mail : riko_kitaholidays@yahoo.com

    ReplyDelete