Pesanan Dari Tuan Tanah

Pesanan Dari Tuan Tanah

Wednesday, June 26, 2013

The Apprentice Asia minggu ke-6

Haaaa..baru je lepas tengok kat Tv tadi..dan bila tak puas hati,tengok pulak ulangannya..This week,Nash yang terkeluar..


Dari sumber http://www.axn-asia.com/programs

Task dorang minggu ke-6 ni adalah kena manage Hotel Hilton,KL dari pelbagai segi termasuk manage customer check in,housekeeping,ambil pesanan dan menghantar makanan ke bilik hotel..pendek kata dorang kena bagi the best service kepada customer yang datang ke Hotel tu.Ehh...nak tahu kalo,tengok la kat you tube ke kalo ade..hihihihi

Bukan ape..sedih sebab bagi sy lah kan..mistakes yang dia buat tu bukan la masalah besar kalau nak dibandingkan dengan Dian yang  hilangkan fail tu..Ehhh!!! sabar jap..ko takyah la nak feeling lelebih  okiess..

Meghambu-ghambu sangat sy menyokong Nash bukanlah atas dasar dia orang Malaysia ke..Melayu ke..be professional la kan..i think he can go further because he put all the effort to face all the challenges.Lagipun Dian tu pun dah pernah nak terkeluar tapi nasib baik Ningku menarik diri dan dia masih bernasib baik kerana pada minggu tersebut diumumkan tiada penyingkiran..

Everybody make a mistake.But rasa macam tak berapa kena jika dia yang disingkirkan kerana terlupa ambil kunci semasa nak housekeeping dan membuat keputusan untuk ganti rugi pizza mediterranean yang telah diorder oleh customer sebagai hadiah atas rasa bersalah dari pihak Hilton Hotel sedangkan Jonathan yang seharusnya mengambil tanggungjawab mendengar dengan teliti pesanan melalui telefon itu..He used his own money hokeyyy..

He willing to take a risk walaupun itu bukan salahnya.At least customer tu pun suka dan puas hati..At the same time,dia dapat ambil hati customer tu balik atas kelewatan dan kesilapan kumpulannya.Eh! memang ade sesetengah hotel yang memberi saguhati hadiah ape2x sekiranya kesilapan di pihak mereka..customer first okeeeyy..Bukan setakat nak jaga customer ha ni aje..kalau boleh..untuk kemudian hari pun mereka akan memilih servis kita..Acece..memandai2x je..

Ape2x pun...Mr Tony Fernandez dah buat keputusan nak keluarkan Nash..So terselamatlah Dian buat kali ini..Ape2x pun..cheer!!! maybe rezeki dia di luar sana lebih baik.Good Luck untuk semua yang masih berada di TAA



Tuesday, June 25, 2013

Ladang Anggur Tasik Beris @ Vineyard Beris Lake,Sik Kedah

Haaaa...sape cakap kat Malaysia tak boleh tanam anggur???
Ladang Anggur Tasik Beris,Sik,Kedah @ Vineyard Beris Lake merupakan ladang anggur yang terbesar di asia tenggara okeeeyy..

Hujung minggu yang sunyi sepi dan membosankan lebih baik diisikan dengan aktiviti berfaedah.Jenjalan makan hangin sampai kenyang..hahahahaha.



Maps nak ke ladang ni senang je.Dari tol utara-selatan..korang ambil exit ke Gurun.Straight je menuju ke Pekan Sik yang mengambil masa lebih kurang 30 minit.Sampai je Pekan Sik,korang straight je lagi sampai jumpa signboard Tasik Beris.Haaaa..senang je..pendek kata..straight jaaa sampai jumpa Ladang Anggur sebelah kanan.

Dahla..malaih dah nak merepek panjang2x..perasaan teruja terbit tatkala menelefon sahabatku Aida menyatakan  kehadiranku ke Sik di mana tanah tumpah kelahirannya..So,dengan google maps..akhirnya..sampai jugak aku dengan senyum2x kambing kat Mr husband..Hahahaha..bajet POOOYYOOO!!!



Nampak x streamer ni?Terbesar di Asia Tenggara kan..So banggalah menjadi anak Malaysia..Hahahaha



Okey anak murid semua..tiket masuk dewasa RM 4.00 manakala kanak-kanak RM 2.00 jew..murah dan save budget kannn..hahahahah..So sape yang simpan angan-angan nak pergi Ladang Anggur leh la start menabung dari sekarang..ekekeke..


Okey yang nampak air tu la Tasik Beris..boleh lepak2x kat kerusi situ sambil rehatkan minda..sambil menghirup udara yang nyaman sampai ilang dahaga..yela..hirup kan..free jer..xpayah bayar yang ni..


Ni plak entrance masuk ke ladang..Eh! ada bendera-bendera macam tempat marathon plak..hehehehe


Haaa..ni buah anggur yang putik..xcukup membesar dan matang lagi..


Ni plak tuan tanah yang melawat kawasan.ceeeiiittt!!! ade hati nak jadik tuan tanah..cacing tanah buleh laaa..



Ni plak ade yang anggur hijau..dan ada yang anggur ungu..weeeyyyhhh!!! geram rasa nya..macam nak picit2x jaa..tapi sabarr..ni bukan ladang ko sendiri yerr..ni ladang orang..bawak mengucap skit..hahahaha


Hati-hati tangan tuu..kang terpicit plak...bukan buleh harap dengan tuan tanah niii..


Yang ni dah macam bole ngap!!! jew..adussshh..comel bulat-bulat sungguh..


Sampai sini jew.

"Mandi manda di tepi perigi,
Ada rezeki boleh pergi lagi,"

keh..keh..keh.. 


 




Resepi Nasi Hujan Panas



Haaa...Sempena Nisfu Syaaban kelmarin,25 June 2013.Pejam celik- pejam celik dah nak dekat dah kita dengan Bulan Ramadhan..Cewahh!!

Disebabkan suamiku berpuasa,dengan rasa penuh tanggungjawab dan kasih sayang,aku tanya la kan..

"Abang nak makan ape untuk berbuka  hari ni?Nasi Tomato nak x?"

Laju je suami jawab...
"Haaaa..sedap jugak kalu makan dengan ayam masak merah.."

Sambil mata tengok kat kipas syiling..Jauh aku fikir..eh! 24 tahun aku hidup..ni la pestaim hokey aku nak masak nasi yang rumit ni..kang tak jadik kang..mana aku nak sorok nasik tu?

Malang sekali aku tak confident plak nak buat nasi tomato..Kang kalo tak jadik kang..Tak pasal nak makan ape la time berbuka nanti.So,fikir punya fikir aku decide nak masak nasi hujan panas memandang kan sekarang jerebu dah melanda Pulau Pinang selepas KL dan Johor menunjukkan paras IPU dah cecah ~300 lebih....Ehhh??? ape ke hal nye..tak de kaitan okey..Ekekeke..

So gigih la kan..pergi beli barang-barang dulu sebab ayam, minyak sapi dan bahan-bahan asas yang lain dah habis stok.


Haaa..habis aku hangkowt ngan kismis2x bagai..kononnye pestaim nak masak nasi hujan panas weyyyy..

So,habis je hangkowt barang-barang penting..ape lagi???...terus berambus balik rumah..sampai je umah..loading barang masuk umah cepat2x...

Nak jadik cerita, Mr husband tunjuk notis fogging yang ada dalam postbox plak..Hek eleh..berkecai hati aku nak masak..mana sempat skrg dah 6.00pm..nak tunggu fogging lagi.. nak masak nasi lagi..Tak pasal-pasal dah bebel macam mak nenek aku kat dapur tu..

So aku offer la menu lain.."masak nasi portugis nak x?senang skit dan cepat"..

husband cakap:
"Nak nasi hujan panas..ayam buat ayam masak merah macam kat tempat kenduri.."

Ceiittttt!!!! order dah sampai..so gigih la kan aku godek barang2x kat dapur..Pesiang semua..dan bila dengar fogging trus aku smayang asar dulu dan masuk dapur merinade ayam untuk buat ayam goreng rangup feveret husband.Dah 6.35pm..dah macam Master Chef plak oiii..ape pun tak start lg..dalam masa 1 jam je lagi dah nak azan magrib...

hmmmm..merepek meraban la aku kat dapur..takut tak sempat nak masak..So aku plan,kena masak nasi dulu,pastu tos kan dalam rice cooker.7pm aku dah start kena campak barang-barang masuk kuali untuk buat ayam masak merah plak sambil goreng ayam yang dah merinade tadi.


So inilah hasil air tangan kelmarin...Alhamdulillah menjadi..syukur..Dihidangkan cun-cun dengan azan maghrib.Husband makan nasi tambah okeyyyy..Gambar masa the making tak sempat nak tangkap..yelaaa..1 jam je..kelam kelibut lari sana-sini mak oiii..



Nampak tak struktur nasi tu?kembang elok je..tak lembik dan tak berantah..Just nice kata orang mat salleh..hehehehe

BAHAN-BAHANNYA (2-4 orang)

4 cawan beras wangi/basmathi (kalau guna basmathi-rendam 20 minit)
5 cawan air rebusan ayam /(masak 5 cawan air + kiub pati ayam knorr)
1/2 cawan susu cair
secubit garam
Pewarna merah, hijau dan kuning
2 sudu makan minyak sapi
Air ros (sy tambah untuk menambahkan aroma pada nasi)
Nilah rupa air ros/air mawar yang selalu tukang masak masukkan ke dalam nasi minyak untuk kenduri kendara..



BAHAN MENUMIS
3 ulas bawang putih (dicincang halus)
3 ulas bawang merah (dimayam halus)
1 inci halia (dihiris memanjang)
2 helai daun pandan-simpulkan

4 SEKAWAN
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
BAHAN HIASAN (optional)
Daun sup
Kismis
Gajus yang dipanggang
Bawang gooreng

CARA-CARA MENYEDIAKANNYA
1)Panaskan non stick pan,kalau takde,kuali biasa pun okey.

2)Masukkan minyak sapi..tunggu sampai minyak sapi panas,dan masukkan bahan tumisan dan 4 sekawan.Tumis sehinga naik bau.

3)Bila dah agak garing skit..(jangan sampai hangit lak ye)
Masukkan beras wangi tu.Goreng seketika dalam 5 minit.

4)Alihkan bahan-bahan dalam non stick pan ke dalam rice cooker plak.

TIPS:
Ini cara terbaik untuk mengekalkan struktur nasi agar tak lembik atau berantah-dan tips mudah untuk yang tak pandai nak budget sukatan air dengan beras.

5)Masukkan susu cair dan garam ke dalam rice cooker dan kacau rata sehingga garam dan susu sekata.

6)Kemudian masukkan air rebusan ayam/stock kiub pati ayam sedikit demi sedikit.

TIPS:
Sukat air dengan menggunakan jari/tangkai sudu (bagi yang tak tahan panas).Pastikan ketinggian air SAMA dengan ketinggian beras..alaa..ni memang cara yang standard nak masak nasi..Tak pun tengok lukisan aku kat bawah ni..


Hahaha..credit kepada diri sendiri..Haaa..gigih aku lukis takut ade yg tak paham..

7)Bila nasi dah agak nak kering,gemburkan nasi tu dulu,make sure nasi kembang dengan baik.Then,renjis-renjis nasi tu dengan air mawar.Renjis yer..jangan nak ngengada curah 1 botol tu plak.
Kang terlebih wangi plak susah,,tengok je jadinya..tapi tak lalu nak makan..hehehehe

8)Pastu korang ambil pewarna dan imaginasi je nak bahagikan nasi dalam 4 bahagian.Masukkan kan warna merah,kuning dan hijau untuk setiap bahagian..yang lagi satu bahgian tu..tak payah boh pewarna.

Tutup balik tudung periuk dan tunggu sehingga nasi benar-benar dah masak.Yeaaayyyy!!! Done..

Nak tahu x??masa tgah tulis entry nih..baru aku perasan..leeerrr..kismis ngan bawang goreng terlupa nak taruk dalam nasi..hehehehe..ni mesti kelam kabut nih..adoyaiiii...

SELAMAT MENCUBA!!!
















Friday, June 21, 2013

Cucur Ikan Bilis dan Tutorial

Haaaa..ni sesuai untuk menu minum petang.Kalau tidak keberatan,aku akn msak untuk hubby tersayang sebab bila sampai je rumah,dia terus boleh mkn..kitorang suka makan dengan sos keropok lekor..ada manis2x skit.

OK lah..malas nak membebel panjang...ni resepinya:-

BAHAN-BAHANNYA
2 Cawan tepung gandum*
1/2 sudu teh baking soda*
1 genggam ikan bilis (bersihkan dan tumbuk)
1 biji telur
1 ulas bawang merah (cincang halus)
1/2 cawan air garam
Daun sup/daun bawang



CARA-CARANYA
1)Ayak bahan-bahan yang bertanda *

2)Masukkan telur ke dalam tepung yang diayak.
3)Masukkan ikan bilis,bawang,daun sup dan air garam secukupnya.Jangan terlalu pekat / terlalu cair.
4)Boleh bentukkan adunan dengan menggunakan sudu dan goreng kekuningan.

SELAMAT MENCUBA...


Tips Bercuti ke Krabi,Thailand

-Perlu ke tour guide?
-nak booking hotel macam mana? flight? 
-eh..nak bawak baju banyak mana? (nak2x pompuan macam aku ni kan...)..
-eh kalu makan macam mana plak? mahal ke? yang penting halal ke makanan kat sana?
-hmmmm...hotel ape ek yang best?? brape bintang? 
-perlu ke sewa kereta / moto atau naik je tut-tut?Eh??? ape ke benda plak tut-tut tu???
-nak tukar duit banyak mana?kang tak cukup makan sebab xder duit nt..:(



Dah2x..takyah nak fening-fening kepala..


Memandangkan korang maybe kali pertama nak jenjalan makan angin/honeymoon/whatever la  yang korang suka ke destinasi Krabi,Thailand .mesti terpinga-pinga kan nak pergi macam mana..so pas baca tips yang aku kongsikan nanti..tak yah dah dok terpinga @ ternganga lagi okay???

Krabi,Thailand memang best!!! super duper best dengan laut dan pulau-pulau yang menarik, menakjubkan, mempesonakan.. eh..semualah!!!Air laut dia..uuuhhhh..sangatlah biru dan kehijauan..Awesome sangat2x!!! Nak pergi lagi...

So tips ni cara aku dan husband gi jenjalan masa lepas kawin..alaa..honeymoon la kiranya..so kalau korang nak ubah ikut suka hati korang lah yer..just share tips penting je.

TIPS:

1)Booking flight & Hotel:-sangatlah mudah..kami hanya view dan pilih kat air asia go..sangat mudah..

pilih flight & hotel,masukkan tarikh depart dan return,room,adult/child..follow air asia step by step.
Opppsss...jangan lupa.pembayaran mestilah via credit card/cimb clicks/maybank2u ke..so done untuk reserve hotel dan flight..perkara yang perlu di ambil berat seperti:

-resit pembayaran
-lokasi depart (mcm kami stay Penang,so depart dekat LCCT,KL..tak de dari Penang ke Krabi)
-PENTING!!!: print out tiket pergi dan balik siap2x.

-Lokasi Hotel yang senang dan dekat dengan tempat nak cari makan adalah area Pantai Ao Nang..

Kami stay dekat Centara Anda Dhevi Resort & Spa.
(Memang dekat nak jenjalan,dekat dengan pantai,sewa moto,cari makan,privasi,dekat farmasi,kedai runcit,dan paling penting dekat dengan kedai aktiviti-aktiviti yang akan dilakukan di sana...jalan kaki jer..)


balkaoni yang menghadap swimming pool

Katil yang besar dan selesa

Ni plak ruang lobi hotel..leh lepak2x ade free wifi..sangat selesa.

2)Transport apabila sampai di Lapangan Terbang Krabi menuju ke hotel.
Setibanya di Lapangan Terbang Krabi,memang akan ada public transport kat sana.by hook or by crook,kite memang kena naik public transport.So,just ambil mana-mana public transport.Beritahu nama hotel,diorang dah tahu nak bawak la sebab Krabi ni taklah besar sangat..


***TIPS PENTING: sekiranya semasa perjalanan anda menuju ke hotel,pemandu berhenti di satu kedai untuk membuat cop ke hape ke..masa tu akan ada orang Thai yang datang menawarkan pakej island hoping la..elephant la.sewa moto laa..korang jangan la terpedaya walaupun diorang cakap murah..sebenarnya kat diorang la lagi mahal okey..


Kitorang hari tu ambil public transport (van) untuk ke Hotel Centara Anda Dhevi,Resort & Spa,Krabi.Dari lapangan terbang Krabi mehuju ke Hotel = 600 Bath ~ RM 60.
(untuk 2 orang ye)

3)Check in hotel

Setibanya di hotel,just pergi dekat receptionist,bagitahu nama aje.diorang dah ade siap2x dalam sistem sebab dah booking.So,duit semua dah bayar via airasia go.Just ambil kunci bilik dan check in.

Hari pertama kitorang kat sana,kitorang rest je sebab letih perjalanan dari Penang ke Lapangan Terbang LCCT,KL + Naik Fligt = Mabuk sikit + Lapar..

So hari pertama kitorang sampai just jalan kaki sekitar kawasan hotel cari kedai makan.
Nasi ayam =40 Bath.Awesome!!! xmahal pun..kira ~ RM 4.

Selain itu,pada hari pertama ni lah kami buat booking aktiviti untuk keesokan harinya iaitu island hopping.



Aktiviti pada malam hari adalah cari makan sebab nak isi perut yang xberapa nak kenyang dan cari barang2x keperluan untuk ber"island hopping" pada hari esok...beli topi je sebab kalau nak bawa dari Malaysia agak susah skit.. 


4)Pakej aktiviti

Okey kalau stay dekat2x dengan Hotel Centara Anda Dhevi,kedai pakej island hopping sangat lah dekat..jalan kaki je sebab depan hotel je.So kalau korang nak booking pape pakej..dengan Adilla sangat senang berunding memandangkan beliau faham bahasa melayu dan boleh bercakap dalam bahasa inggeris.Pakej yang ditawarkan lebih murah berbanding tempat lain.Mintak kurang la skit kan..hape la korang ni..Kat sini korang plan la aktiviti yang korang nak isi semasa korang bercuti.

Kitorang ambil pakej island hopping ke Phi Phi Island.Nak tahu berapa? Hanya 1000 bath untuk 1 orang bersamaan lebih kurang ~ RM100.Kalau tempat lain,dalam 1500 bath  bersamaa lebih kurang RM 150 seorang..Haaa..murahkan dengan Adilla..

Perkara yang perlu anda titik beratkan masa Island hopping:

-Pakaian yang sesuai dan selesa (xperlu bawak baju untuk salin pun takpe..sebab aktiviti bermula dari 8am-5pm dan mmg sepanjang masa atas bot-snorkeling-makan-singgah pantai jap)
-Duit bawak la skit kot2x terliur nak beli pape ke
-Pakai topi sebab cuaca sangat la panas
-Kamera
-Beg sekolah..(senang,semua phone,kamera  masukkan dalam beg..)Awasi barang anda yer..
-Makanan semua akan disediakan.
-Transport Adilla yang arrange sebab akan ada bus datang ambil.
-Kalau nak bawak goggle sendiri pun terpulang.Tapi dorang dah provide semua including safety jacket

5)Makanan halal kerana 80% rakyat Krabi adalah muslim.Harganya pun lebih kurang harga di Malaysia je.

6)Tour guide tak perlu pun memandangkan Krabi ni tak lah besar mana pun dan semua aktiviti dapat dilakukan sendiri.Peta boleh minta dari pihak hotel,kedai aktiviti-aktiviti sangat banyak sekitar hotel dan uptown Pantai Ao Nang

7)Pakaian bawak yang simple2x.Jangan terlalu tebal kerana cuaca di sana sangat panas.

Kitorang pakai kemeja pun masa naik flight je.Masa kat sana,pakai T-shirt je.Masa hopping,kitorang beli sandle siap2x bawak g Krabi.

8)Kalau korang nak jenjalan sekitar Krabi,boleh sewa moto je.

Kalau naik tut-tut rasa macam tak mencabar je.Lagipun kalau naik moto,ikut suka kita nak pergi mana,nak duduk berapa lama,takde orang yang menunggu.Lagipun bukan tak nak sewa kereta..al maklumlah..susah nak dapat parking..Kalu moto,asal nampak kedai ke,tempat menarik ke,leh berhenti trus! bijak tak??

Sewa moto 300 bath bersamaan ~ RM30 sehari.

9)Tukar duit
Terpulang pada penggunaan korang.

Masa kitorang pergi,just tukar RM 2000 je,Itu pun tak habis dalam RM800 lagi..itupun dah sakan aku melantak pagi,siang,malam.beli baju2x kat anak buah aku 8 helai,shopping baju Krabi,beli topi la..seluar la.dress la..pergi massage badan laa..

Okay..itu saja rasanya yang termampu nak kongsi sebab aku yakin  masa aku nak pergi dulu terpinga2x jugak..So tak salah kalu aku kongsi ngan korang info2x berguna kat sini..Harap dapat memberi manfaat.































Sambal Gesek dan Tutorial

Haaa....mula-mula dengar nama sambal ni pun macam pelik gak..Makanan orang jawa kah? Indonesia?..
Lepas google kat ternet..Oooowwwhhh..rupanya makanan orang Negeri Sembilan..

Mula-mula nak cuba resepi ni macam risau-risau je..eh sedap ke?rasa macam mane ek? ade ala-ala sambal belacan tak?

Haaaa sebab tu la ada pepatah Melayu.."Belum cuba belum tahu"..sebab tu la kena cuba dulu..so aku ni kategori yang suka nak mencuba..kalu sedap,makanya berulangkali la aku akan buat.Sambal ni sejak aku cuba 1 minggu lepas..termasuk hari ni dah tiga kali aku buat..ekekekekeke.

Sumber: Majalah 1 Hari 1 Resepi
Penulisan: Chef Hanieliza



Seperti biasa,resepi ini telah diolah mengikut kesesuaian citarasa.


*Attention: Sambal ni kalu sape yang tak suka pedas sangat, boleh kurangkan jumlah penggunaan cili api ok.

BAHAN-BAHANNYA:

1 genggam ikan bilis (belah dan buang tulangnya-bersihkan dan rendam seketika~10 min)
4 biji cili merah (dibuang bijinya)
7 biji cili api (merah dan hijau)
1 labu bawang besar (dibelah 6)
4 ulas bawang putih
1 biji limau kasturi
1/2 sudu teh belacan (nak lagi sedap,bakar seketika atas api)
Garam dan gula secukup rasa




CARA-CARA MENYEDIAKANNYA

1)Goreng bawang besar,bawang putih,cili api dan cili merah & hijau biar sampai layu.Toskan

Haaa..goreng sampai jadi macam ni ek.

2)Goreng ikan bilis separa masak (jangan sampai garing plak)
3)Tumbuk kesemua bahan yang telah digoreng bersama belacan bakar. Apabila agak hancur,masukkan ikan bilis.
4)Tambahkan perasa garam dan gula mengikut citarasa masing-masing.
5)Hidangkan bersama limau kasturi.


SELAMAT MENCUBA...



Thursday, June 20, 2013

Resepi Paprik Ayam dan Tutorial Memasak


Sumber: Majalah 1 Hari 1 Resepi
Penulisan: Chef Hanieliza
(Tapi telah diolah mengikut kesukaan dan kesesuaian sendiri)



Ni la master yang sedikit sebanyak memberi panduan dan idea untuk memasak hari-hari..ekekekeke..best2x.



BAHAN-BAHANNYA:
300gm isi ayam
1/2 lobak merah (dipotong memanjang)
1 biji capsicum (Ida tak guna pun)
1 biji tomato (dibelah 4)
1 labu bawang besar (dibelah 6)
3 ulas bunga kobis
3 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 batang serai (diketuk)
3 biji cili api (diketuk)
5 helai daun limau purut
sedikit perahan air limau kasturi (optional-ida tambahkan)
1/2 cawan air masak
Garam dan gula
Kunyit
Minyak masak
1/2 sudu besar sos ikan (optional-ida tambahkan)
Daun ketumbar (potong kasar)

BAHAN UNTUK SOS
2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram


Bawang putih yang telah dicincang halus


Daun ketumbar,cili api,lobak merah,serai,bawang besar,tomato,daun limau purut,dan bunga kobis


sos tomato,sos cili,sos tiram dan kicap manis


sos ikan (kalau tak de pun tak ape je)


CARA-CARANYA:
1)Ayam dilumur dengan sedikit kunyit dan garam kemudian goreng separa masak.Angkat dan toskan.


Haaa..goreng macam ni yer..jangan nak ngada2x goreng bagi rangup plak..hehehehe..puk kang baru taw!!!

2)Tumis bawang putih, serai dan bawang besar sehingga garing.

Minta maap yer..senduk kayu tu korang tak payah tumis ek..kang ade plak yang tumis skali..parah macam tu kang...

3)Kemudian masukkan air masak.Kacau seketika.
4)Masukkan lobak merah,bunga kobis,daun limau purut,tomato dan capsicum.
5)Bila agak mendidih,masukkan cili api,perahan limau kasturi dan ayam yang telah digoreng separa masak.
6)Apabila agak mendidih,masukkan kesemua bahan untuk sos.


Haaa..nampak tak kuah dah mendidih tu..mendidih yee..bukan dadih plak..kang tak jadik lak..muehehe..

7)Akhir sekali,masukkan sos ikan,garam dan gula mengikut citarasa anda dan taburkan daun ketumbar semasa menghidang.




SELAMAT MENCUBA... 



Wednesday, June 19, 2013

Akhirnya...

Salam sejahtera...
Mula-mula skali nak cakap legaaa..huh!! akhirnya tertubuh jugak blog yang ke-2 memandangkan blog yang pertama mengalami masalah teknikal..Eh??? buleh plak macam tu ek??Entahlaa...

Ape2 pun,tujuan terciptanya blog ni hanyalah sekadar suka-suka..duka-duka..sharing2 info berguna..dan yang paling penting..ape yang dah berjaya aku masak..resepi nya nak simpan kat dalam blog ni..Manalah tahu kan..mesti ada yang gadis-gadis,ibu-ibu,bapa-bapa kat luar sana yang merangkak nak masak macam aku..so bolehlah kongsi resepi yang pernah aku cuba dan menjadi..yahooo!!

Oopppssss..kena ingat taw! ni bukan blog masakan semata-mata..segalanya berkisar kehidupanku dan insan disekeliling..ekekeke..

Selain itu,harapnya penulisan aku ni dapat memberi manfaat kepada pembaca sekalian dan manalah tahu kan...untuk anak cucu aku baca nanti ke..owh..haruslah korang smua tahu..sekarang zaman dah moden..whatever laaa..hahahahahahaha


Tarikh penubuhan: 20 Jun 2013
Masa: 1.40 pagi
Hari: Khamis


Sekian,