Pesanan Dari Tuan Tanah

Pesanan Dari Tuan Tanah

Thursday, June 20, 2013

Resepi Paprik Ayam dan Tutorial Memasak


Sumber: Majalah 1 Hari 1 Resepi
Penulisan: Chef Hanieliza
(Tapi telah diolah mengikut kesukaan dan kesesuaian sendiri)



Ni la master yang sedikit sebanyak memberi panduan dan idea untuk memasak hari-hari..ekekekeke..best2x.



BAHAN-BAHANNYA:
300gm isi ayam
1/2 lobak merah (dipotong memanjang)
1 biji capsicum (Ida tak guna pun)
1 biji tomato (dibelah 4)
1 labu bawang besar (dibelah 6)
3 ulas bunga kobis
3 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 batang serai (diketuk)
3 biji cili api (diketuk)
5 helai daun limau purut
sedikit perahan air limau kasturi (optional-ida tambahkan)
1/2 cawan air masak
Garam dan gula
Kunyit
Minyak masak
1/2 sudu besar sos ikan (optional-ida tambahkan)
Daun ketumbar (potong kasar)

BAHAN UNTUK SOS
2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram


Bawang putih yang telah dicincang halus


Daun ketumbar,cili api,lobak merah,serai,bawang besar,tomato,daun limau purut,dan bunga kobis


sos tomato,sos cili,sos tiram dan kicap manis


sos ikan (kalau tak de pun tak ape je)


CARA-CARANYA:
1)Ayam dilumur dengan sedikit kunyit dan garam kemudian goreng separa masak.Angkat dan toskan.


Haaa..goreng macam ni yer..jangan nak ngada2x goreng bagi rangup plak..hehehehe..puk kang baru taw!!!

2)Tumis bawang putih, serai dan bawang besar sehingga garing.

Minta maap yer..senduk kayu tu korang tak payah tumis ek..kang ade plak yang tumis skali..parah macam tu kang...

3)Kemudian masukkan air masak.Kacau seketika.
4)Masukkan lobak merah,bunga kobis,daun limau purut,tomato dan capsicum.
5)Bila agak mendidih,masukkan cili api,perahan limau kasturi dan ayam yang telah digoreng separa masak.
6)Apabila agak mendidih,masukkan kesemua bahan untuk sos.


Haaa..nampak tak kuah dah mendidih tu..mendidih yee..bukan dadih plak..kang tak jadik lak..muehehe..

7)Akhir sekali,masukkan sos ikan,garam dan gula mengikut citarasa anda dan taburkan daun ketumbar semasa menghidang.




SELAMAT MENCUBA... 



No comments :

Post a Comment