Pesanan Dari Tuan Tanah

Pesanan Dari Tuan Tanah

Tuesday, June 25, 2013

Resepi Nasi Hujan Panas



Haaa...Sempena Nisfu Syaaban kelmarin,25 June 2013.Pejam celik- pejam celik dah nak dekat dah kita dengan Bulan Ramadhan..Cewahh!!

Disebabkan suamiku berpuasa,dengan rasa penuh tanggungjawab dan kasih sayang,aku tanya la kan..

"Abang nak makan ape untuk berbuka  hari ni?Nasi Tomato nak x?"

Laju je suami jawab...
"Haaaa..sedap jugak kalu makan dengan ayam masak merah.."

Sambil mata tengok kat kipas syiling..Jauh aku fikir..eh! 24 tahun aku hidup..ni la pestaim hokey aku nak masak nasi yang rumit ni..kang tak jadik kang..mana aku nak sorok nasik tu?

Malang sekali aku tak confident plak nak buat nasi tomato..Kang kalo tak jadik kang..Tak pasal nak makan ape la time berbuka nanti.So,fikir punya fikir aku decide nak masak nasi hujan panas memandang kan sekarang jerebu dah melanda Pulau Pinang selepas KL dan Johor menunjukkan paras IPU dah cecah ~300 lebih....Ehhh??? ape ke hal nye..tak de kaitan okey..Ekekeke..

So gigih la kan..pergi beli barang-barang dulu sebab ayam, minyak sapi dan bahan-bahan asas yang lain dah habis stok.


Haaa..habis aku hangkowt ngan kismis2x bagai..kononnye pestaim nak masak nasi hujan panas weyyyy..

So,habis je hangkowt barang-barang penting..ape lagi???...terus berambus balik rumah..sampai je umah..loading barang masuk umah cepat2x...

Nak jadik cerita, Mr husband tunjuk notis fogging yang ada dalam postbox plak..Hek eleh..berkecai hati aku nak masak..mana sempat skrg dah 6.00pm..nak tunggu fogging lagi.. nak masak nasi lagi..Tak pasal-pasal dah bebel macam mak nenek aku kat dapur tu..

So aku offer la menu lain.."masak nasi portugis nak x?senang skit dan cepat"..

husband cakap:
"Nak nasi hujan panas..ayam buat ayam masak merah macam kat tempat kenduri.."

Ceiittttt!!!! order dah sampai..so gigih la kan aku godek barang2x kat dapur..Pesiang semua..dan bila dengar fogging trus aku smayang asar dulu dan masuk dapur merinade ayam untuk buat ayam goreng rangup feveret husband.Dah 6.35pm..dah macam Master Chef plak oiii..ape pun tak start lg..dalam masa 1 jam je lagi dah nak azan magrib...

hmmmm..merepek meraban la aku kat dapur..takut tak sempat nak masak..So aku plan,kena masak nasi dulu,pastu tos kan dalam rice cooker.7pm aku dah start kena campak barang-barang masuk kuali untuk buat ayam masak merah plak sambil goreng ayam yang dah merinade tadi.


So inilah hasil air tangan kelmarin...Alhamdulillah menjadi..syukur..Dihidangkan cun-cun dengan azan maghrib.Husband makan nasi tambah okeyyyy..Gambar masa the making tak sempat nak tangkap..yelaaa..1 jam je..kelam kelibut lari sana-sini mak oiii..



Nampak tak struktur nasi tu?kembang elok je..tak lembik dan tak berantah..Just nice kata orang mat salleh..hehehehe

BAHAN-BAHANNYA (2-4 orang)

4 cawan beras wangi/basmathi (kalau guna basmathi-rendam 20 minit)
5 cawan air rebusan ayam /(masak 5 cawan air + kiub pati ayam knorr)
1/2 cawan susu cair
secubit garam
Pewarna merah, hijau dan kuning
2 sudu makan minyak sapi
Air ros (sy tambah untuk menambahkan aroma pada nasi)
Nilah rupa air ros/air mawar yang selalu tukang masak masukkan ke dalam nasi minyak untuk kenduri kendara..



BAHAN MENUMIS
3 ulas bawang putih (dicincang halus)
3 ulas bawang merah (dimayam halus)
1 inci halia (dihiris memanjang)
2 helai daun pandan-simpulkan

4 SEKAWAN
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
BAHAN HIASAN (optional)
Daun sup
Kismis
Gajus yang dipanggang
Bawang gooreng

CARA-CARA MENYEDIAKANNYA
1)Panaskan non stick pan,kalau takde,kuali biasa pun okey.

2)Masukkan minyak sapi..tunggu sampai minyak sapi panas,dan masukkan bahan tumisan dan 4 sekawan.Tumis sehinga naik bau.

3)Bila dah agak garing skit..(jangan sampai hangit lak ye)
Masukkan beras wangi tu.Goreng seketika dalam 5 minit.

4)Alihkan bahan-bahan dalam non stick pan ke dalam rice cooker plak.

TIPS:
Ini cara terbaik untuk mengekalkan struktur nasi agar tak lembik atau berantah-dan tips mudah untuk yang tak pandai nak budget sukatan air dengan beras.

5)Masukkan susu cair dan garam ke dalam rice cooker dan kacau rata sehingga garam dan susu sekata.

6)Kemudian masukkan air rebusan ayam/stock kiub pati ayam sedikit demi sedikit.

TIPS:
Sukat air dengan menggunakan jari/tangkai sudu (bagi yang tak tahan panas).Pastikan ketinggian air SAMA dengan ketinggian beras..alaa..ni memang cara yang standard nak masak nasi..Tak pun tengok lukisan aku kat bawah ni..


Hahaha..credit kepada diri sendiri..Haaa..gigih aku lukis takut ade yg tak paham..

7)Bila nasi dah agak nak kering,gemburkan nasi tu dulu,make sure nasi kembang dengan baik.Then,renjis-renjis nasi tu dengan air mawar.Renjis yer..jangan nak ngengada curah 1 botol tu plak.
Kang terlebih wangi plak susah,,tengok je jadinya..tapi tak lalu nak makan..hehehehe

8)Pastu korang ambil pewarna dan imaginasi je nak bahagikan nasi dalam 4 bahagian.Masukkan kan warna merah,kuning dan hijau untuk setiap bahagian..yang lagi satu bahgian tu..tak payah boh pewarna.

Tutup balik tudung periuk dan tunggu sehingga nasi benar-benar dah masak.Yeaaayyyy!!! Done..

Nak tahu x??masa tgah tulis entry nih..baru aku perasan..leeerrr..kismis ngan bawang goreng terlupa nak taruk dalam nasi..hehehehe..ni mesti kelam kabut nih..adoyaiiii...

SELAMAT MENCUBA!!!
















1 comment :

  1. Assalamualaikum, resepi yang sangat menarik. Btw,saya ni orang baru di sini. Ada masa nanti boleh singgah2 lawat blog saya ye. Kalau boleh follow sekali saya akan follow balik :) Terima Kasih banyk2 :)
    http://zaidipargo94.blogspot.com/

    ReplyDelete