Pesanan Dari Tuan Tanah

Pesanan Dari Tuan Tanah

Monday, May 12, 2014

Kerjayaku Sebagai Ahli Kimia

Hahahah...Lama sungguh aku menyepi kan???Hampir setahun kot..

Hilang? Kena culik ke? Hahaha..Tak pun..Aku lupa nak berblog sejak meninggalkan zaman menjadi suri rumah tangga sepenuh masa..29 Julai 2013,adalah hari pertama aku melaporkan diri sebagai ahli kimia di salah sebuah syarikat swasta..


Well,inilah kerjaya yang aku nanti-nantikan selepas bergelar graduan..Sape pun weeiii..susah2x blajar,usung buku berkilo2x takkan nak dok umah tengok channel astro jerk an???Bohsan kot kalu dok umah sorang2x..Gheja aku macam biasa la kalu ada masa lapang,,memang membuta jer..kang terbuang masa kalu macam tu...No No No..kalu bujang leh la aku wat peel tak senonoh ni..sekarang dah kawin dah...haruslah buang jauh2x k.

Masa aku dapat offer keje ni,orang pertama yang aku maklumkan adalah husband aku la kan..penyokong kuat dalam ape jua pekerjaan yang aku lakukan..Subhanallah..terlalu cepat Allah anugerahkan macam2x dalam hidup aku..yang tak pernah aku jangka doa itu termakbul..

Nak jadi cerita,aku bangun solat subuh,aku rasa rendah diri sangat2x..seakan tak percaya aku ni dah ada kehidupan sendiri..maksudnya aku dah kawin,dah ada tanggungjawab..Masa doa pagi tu,tak habis2x aku dok mintak.." Ya Allah,bagi la aku dapat keje yang aku idam-idamkan kat Syarikat X,permudahkanlah urusanku"..lepas aku solat,aku baring2x jap atas katil sambil online via mobile..dalam kul 9.00am macam tu..dapat call dari satu nombor yang tak kenal..Angkat dan jawab dengan penuh berhati2x..alangkah terkejutnya apabila dapat tahu aku diterima bekerja di Syarikat X dan hanya perlu melakukan medical check-up seperti yang dimaklumkan..Serius!!! rasa terharu dan bersyukur..masa subuh tu aku merayu..pagi tu jugak aku dah dapat..ALHAMDULILLAH...ini la yang dikatan REZEKI..

Maka bermulalah perjalanan hidupku sebagai ahli kimia..





2 comments :

  1. kak lama ke nak dapat kerja masa kak habis graduate ? i risau dengan cgpà 2nd class and sekarang covid x boleh buat fyp peluang pekerjaan makin tipis

    ReplyDelete
  2. iron titanium & titanium | TITIAN ART
    Iron titanium & titanium titanium necklace art is a combination of stone, wood and hypoallergenic titanium earrings metal from a traditional copper core. Iron titanium tv alternative and ford edge titanium 2021 titanium westcott titanium scissors art are designed to create a

    ReplyDelete